TEKS BAHASA ARAB
من مشى عن ناقة عقبة، كان له عدل رقبة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa menunggangi unta secara bergilir-gilir, maka baginya pahala seperti membebaskan seorang hamba.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1035, hadis nombor 5304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الوضين، قال: إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من مشى عن ناقة عقبة، كان له عدل رقبة)). [أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة))(6543)].
(Munkar)
Daripada al-Wadhin berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menunggangi unta secara bergilir-gilir, maka baginya pahala seperti membebaskan seorang hamba.
[Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6543].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.