TEKS BAHASA ARAB
حديث: من اتخذ مغفرا ليجاهد به في سبيل الله غفر له ومن اتخذ بيضة بيض الله وجهه يوم القيامة ومن اتخذ درعا كانت له سترا من النار يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Barangsiapa yang mengambil topi besi untuk berjihad dengannya di jalan Allah, diampunkan dosa baginya dan barangsiapa yang mengambil telur putih, Allah akan memutihkan wajahnya pada hari kiamat dan barangsiapa yang memakai baju besi baginya penghalang dari api neraka pada hari kiamat.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 208, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن الحسن البصري مرفوعا قال الخطيب: منكر جدا مع إرساله.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Hassan al-Basri secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi),Al-Khatib berkata: Hadith ini sangat lemah disertakan dengan terputus sanadnya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.