Barangsiapa yang menyediakan tempat duduk bagi ahli keluarganya

TEKS BAHASA ARAB

من قعد من أهله مقعدا يعجبه فقرأ آية استغفروا ربكم إنه كان غفارا إلى ويجعل لكم أنهارا إلا جعل الله له غلاما وأمده بالمال وجعله في سعة من الرزق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menyediakan tempat duduk bagi ahli keluarganya yang mana ianya menyebabkan dia kagum lalu dia membaca ayat: اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا sampai kepada ayat وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا maka Allah akan berikan kepadanya ghulam dan berikan kepadanya harta serta diberikan keluasan dalam rezeki.

STATUS

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الذيل أَبُو هُرَيْرَة «مَنْ قَعَدَ مِنْ أَهْلِهِ مَقْعَدًا يُعْجِبُهُ فَقَرَأَ آيَةَ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا إِلَى وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا إِلا جَعَلَ اللَّهُ لَهُ غُلامًا وَأَمَدَّهُ بِالْمَالِ وَجَعَلَهُ فِي سَعَة من الرزق» قَالَ فجربناه فوجدناه كَذَلِك فِيهِ مُحَمَّد بن بَيَان مُتَّهم بِالْوَضْعِ، وَالظَّاهِر أَن الْبلَاء مِنْهُ.

Dalam kitab al-Zayl menyebut: Daripada Abu Hurairah:
“Barangsiapa yang menyediakan tempat duduk bagi ahli keluarganya yang mana ianya menyebabkan dia kagum lalu dia membaca ayat: اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا sampai kepada ayat وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا maka Allah akan berikan kepadanya ghulam dan berikan kepadanya harta serta diberikan keluasan dalam rezeki.”
Beliau berkata (Abu Hurairah): Kami telah cuba dan kami dapati ianya mustajab. Muhammad Bin Bayan adalah seorang perawi yang dituduh berdusta. Secara zahirnya kecacatan hadith ini adalah daripada beliau.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs