Berwaspadalah kalian daripada memperhalusi dalam agama

TEKS BAHASA ARAB

إياكم والتعمق في الدين، فإن الله -عز وجل- قد جعله سهلا، فخذوا منه ما تطيقون، فإن الله -عز وجل- يحب ما دام من عمل صالح، وإن كان يسيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berwaspadalah kalian daripada memperhalusi dalam agama, kerana sesungguhnya Allah telahpun menjadikannya mudah. Justeru ambillah apa yang kalian mampu darinya, kerana sesungguhnya Allah menyukai apa yang berterusan daripada amalan soleh sekalipun ringan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 460, hadis nombor 2464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: «إياكم والتعمق في الدين، فإن الله -عز وجل- قد جعله سهلا، فخذوا منه ما تطيقون، فإن الله -عز وجل- يحب ما دام من عمل صالح، وإن كان يسيرا». [ابن بشران، «الضعيفة» (2476)].

(Sangat Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Berwaspadalah kalian daripada memperhalusi dalam agama, kerana sesungguhnya Allah telahpun menjadikannya mudah. Justeru ambillah apa yang kalian mampu darinya, kerana sesungguhnya Allah menyukai apa yang berterusan daripada amalan soleh sekalipun ringan.” [Riwayat Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2476].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs