TEKS BAHASA ARAB
حديث: صرير الأقلام عند الأحاديث تعدل عند الله التكبير الذي يكبر في رباط عسقلان وعبادان، ومن كتب أربعين حديثا أعطي ثواب الشهداء الذين قتلوا بعبادان وعسقلان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Bunyi pena di sisi hadith-hadith setara di sisi Allah dengan takbir (para mujahid) yang dilaungkan di sempadan Asqalan dan Abadan. Sesiapa yang menulis 40 hadith akan diberi pahala syuhada yang terbunuh di Abadan dan Asqalan.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 107, hadis nombor 292. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال علي قاري: باطل، كما في الميزان.
Ali Qari berkata: Batil sebagaimana dalam al-Mizan.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.