Tabiat hati adalah cenderung mencintai orang yang berbuat baik padanya

TEKS BAHASA ARAB جبلت القلوب على حب من أحسن إليها. TEKS BAHASA MALAYSIA Tabiat hati adalah cenderung mencintai orang yang berbuat baik padanya. STATUS Tiada asal baginya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 131-132, hadis nombor 173. Berikut …

Hadis berkenaan kelebihan orang yang berilmu dan ingin belajar ilmu

TEKS BAHASA ARAB إن العالم والمتعلم إذا مرا على قرية فإن الله يرفع العذاب عن مقبرة تلك القرية أربعين يوما. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya seorang yang alim (berilmu) dan yang belajar ilmu apabila mereka melalui satu kampung, maka Allah akan mengangkat azab kubur penduduk kampung tersebut selama 40 hari. STATUS Tiada asal baginya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh …

Sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti dan sebaik-baik perkara yang dicampakkan ke dalam hati ialah keyakinan

TEKS BAHASA ARAB خير العمل ما نفع، وخير الهدي ما اتبع، وخير ما ألقي في القلب اليقين. TEKS BAHASA MALAYSIA Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik amalan adalah yang memberikan manfaat, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti dan sebaik-baik perkara yang dicampakkan ke dalam hati ialah keyakinan. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه …

Tidak ada nabi yang dilantik sebagai nabi kecuali selepas (usia) empat puluh

TEKS BAHASA ARAB ما من نبي نبئ إلا بعد الأربعين. TEKS BAHASA MALAYSIA Tidak ada nabi yang dilantik sebagai nabi kecuali selepas (usia) empat puluh. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 107, hadis nombor 98. Berikut …

Hadis berkenaan kelebihan memberikan bejana (bekas) untuk orang yang berwudhu

TEKS BAHASA ARAB " من قدم إبريقا لمتوضئ فكأنما قدم جوادا مسرجا ملجما يقاتل عليه في سبيل الله ". TEKS BAHASA MALAYSIA Barangsiapa yang telah memberikan bejana (bekas) untuk orang yang berwudhu, dia seolah-olah memberikan kuda perang yang lengkap berpelana (berperang) dan lagi terlatih untuk berperang di jalan Allah. STATUS Tidak dijumpai KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mar’i …