Sesiapa yang solat di belakang seorang yang alim lagi bertakwa

TEKS BAHASA ARAB من صلى خلف عالم تقي، فكأنما صلى خلف نبي. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang solat di belakang seorang yang alim lagi bertakwa, maka seolah-olah dia solat di belakang seorang nabi. STATUS Tiada asal baginya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau …

Sesiapa yang melaungkan azan untuk solat lima waktu dengan penuh keimanan

TEKS BAHASA ARAB من أذن خمس صلوات إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه، ومن أم أصحابه خمس صلوات إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang melaungkan azan untuk solat lima waktu dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, nescaya diampunkan dosanya yang telah berlalu. Manakala sesiapa yang mengimami rakan-rakannya untuk solat lima waktu …

Hendaklah yang mengimami kalian itu orang yang paling segak wajahnya

TEKS BAHASA ARAB ليؤمكم أحسنكم وجها؛ فإنه أحرى أن يكون أحسنكم خلقا، وقوا بأموالكم عن أعراضكم، وليصانع أحدكم بلسانه عن دينه. TEKS BAHASA MALAYSIA Hendaklah yang mengimami kalian itu orang yang paling segak wajahnya, kerana sesungguhnya dia itu lebih sesuai sebagai orang yang paling bagus akhlaknya dalam kalangan kalian. Lindungilah juga maruah kalian dengan harta-harta kalian dan setiap kalian hendaklah …

Imam mempunyai dua saktah

TEKS BAHASA ARAB للإمام سكتتان، فاغتنموا القراءة فيهما بفاتحة الكتاب. TEKS BAHASA MALAYSIA Imam mempunyai dua saktah (waktu diam sebentar). Maka rebutlah waktu itu dengan bacaan surah al-Fatihah pada kedua-duanya. STATUS Tidak ada asal baginya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah …

Adalah baginda apabila bangun berkhutbah, baginda akan mengambil tongkat

TEKS BAHASA ARAB كان إذا قام يخطب أخذ عصا فتوكأ عليها وهو على المنبر. TEKS BAHASA MALAYSIA Adalah baginda apabila bangun berkhutbah, baginda akan mengambil tongkat lalu bersandar padanya ketika baginda berada di atas mimbar. STATUS Tiada asal baginya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan …