Dia berada pada awan, di atasnya ialah udara, yang di bawahnya juga ialah udara

TEKS BAHASA ARAB

كان في عماء، فوقه هواء، وما تحته هواء، ثم خلق العرش على الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia berada pada awan, di atasnya ialah udara, yang di bawahnya juga ialah udara. Kemudian Dia menciptakan Arasy di atas air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 507, hadis nombor 2700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي رزين – رضي الله عنه -، قال: كان النبي ﷺ يكره أن يسأل، فإذا سأله أبو رزين أعجبه، قال: قلت: يا رسول الله! أين كان ربنا قبل أن يخلق السماوات والأرض؟ فقال: «كان في عماء، فوقه هواء، وما تحته هواء، ثم خلق العرش على الماء». [الطيالسي، البيهقي في «الأسماء والصفات»، ت، هـ، حم، عبد الله بن أحمد في «السنة»، «الضعيفة»، (5320)].

(Lemah) Daripada Abu Razin RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ tidak suka ditanya, apabila Abu Razin bertanya kepadanya, baginda merasa takjub. Abu Razin berkata: Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, di manakah Tuhan kita berada sebelum Dia menciptakan sekalian langit dan bumi?" Maka Baginda menjawab: "Dia berada pada awan, di atasnya ialah udara, yang di bawahnya juga ialah udara. Kemudian Dia menciptakan Arasy di atas air". [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya, al-Bayhaqi dalam al-Asma' wa al-Sifat, al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan Abdullah bin Ahmad dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5320].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs