Doa ketika mengalami perasaan takut

TEKS BAHASA ARAB

أكثر من أن تقول: سبحان الملك القدوس، رب الملائكة والروح، جللت السماوات والأرض بالعزة والجبروت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah menyebut: ‘Maha Suci Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Tuhan kepada para malaikat dan Jibrail. Langit-langit dan bumi diselimuti dengan kemuliaan dan kekuasaan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1442, hadis nombor 7335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن البراء بن عازب رضي الله عنه، قال: أتى رسول الله ﷺ رجل، فشكا إليه الوحشة، فقال: أكثر من أن تقول: سبحان الملك القدوس، رب الملائكة والروح، جللت السماوات والأرض بالعزة والجبروت.
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ابن السني، ((الضعيفة)) (2877)]

(Munkar)
Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib RA, beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia mengadu ketakutan kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Perbanyakkanlah menyebut: Maha Suci Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Tuhan kepada para malaikat dan Jibrail. Langit-langit dan bumi diselimuti dengan kemuliaan dan kekuasaan.
[Riwayat al-Kharāiṭī dalam Makārim al-Akhlāq, Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2877]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs