Dosa yang kecil tidak dikira kecil sekiranya dilakukan secara berterusan

TEKS BAHASA ARAB

ليس صغير بصغير مع الإصرار، وليست كبيرة بكبيرة مع الاستغفار، طوبى لمن وجد في كتابه يوم القيامة استغفار كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dosa yang kecil tidak dikira kecil sekiranya dilakukan secara berterusan, manakala dosa yang besar tidaklah dikira besar selama mana diiringi istighfar. Beruntunglah bagi sesiapa yang terdapat di dalam catatan amalannya pada hari kiamat istighfar yang banyak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1538, hadis nombor 7807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه – قال رسول الله صلي الله عليه وسلم: (ليس صغير بصغير مع الإصرار، وليست كبيرة بكبيرة مع الاستغفار، طوبى لمن وجد في كتابه يوم القيامة استغفار كثيرا).
[الطبراني في ((مسند الشاميين))،((الضعيفة))(5551)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dosa yang kecil tidak dikira kecil sekiranya dilakukan secara berterusan, manakala dosa yang besar tidaklah dikira besar selama mana diiringi istighfar. Beruntunglah bagi sesiapa yang terdapat di dalam catatan amalannya pada hari kiamat istighfar yang banyak.”
[Riwayat al-Tabarani di dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5551]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs