Dua hijrah yang paling baik adalah hijrah al-bāttah

TEKS BAHASA ARAB

أفضل الهجرتين الهجرة الباتة، والهجرة الباتة: أن تثبت مع رسول الله، وهجرة البادية، أن ترجع إلى باديتك، وعليك السمع والطاعة، في عسرك ويسرك، ومكرهك ومنشطك، وأثرة عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua hijrah yang paling baik adalah hijrah al-bāttah, dan hijrah al bāttah ialah: Kamu tetap kekal bersama dengan Rasulullah. Dan hijrah bādiyah: (Iaitu) kamu pulang semula ke tempat asal kamu. Dan wajib ke atas kamu mendengar dan mentaati perintah penguasa semasa senang dan susah, sama ada dalam keadaan kamu enggan, atau pun ketika kamu berkehendak, atau ketika seseorang diberi keutamaan yang tidak sepatutnya melebihi kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 145, hadis nombor 728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق) عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أفضل الهجرتين الهجرة الباتة، والهجرة الباتة: أن تثبت مع رسول الله، وهجرة البادية، أن ترجع إلى باديتك، وعليك السمع والطاعة، في عسرك ويسرك، ومكرهك ومنشطك، وأثرة عليك.)). [طب، النبهاني في ((الفتح الكبير))، السيوطي في ((الزيادة على الجامع الصغير))، ((الضعيفة)) (6948)]

(Lemah Dengan Konteks Ini)
Daripada Wātsilah bin al-Asqa’ RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Dua hijrah yang paling baik adalah hijrah al-bāttah, dan hijrah al bāttah ialah: Kamu tetap kekal bersama dengan Rasulullah. Dan hijrah bādiyah: (Iaitu) kamu pulang semula ke tempat asal kamu. Rasulullah ﷺ bersabda, “Dan wajib ke atas kamu mendengar dan mentaati perintah penguasa semasa senang dan susah, sama ada dalam keadaan kamu enggan, atau pun ketika kamu berkehendak, atau ketika seseorang diberi keutamaan yang tidak sepatutnya melebihi kamu.”
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Nabhānī dalam al-Fatḥ al-Kabīr, al-Suyūṭī dalam al-Ziyādah ‘Alā al-Jāmi’ al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6948]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs