Gantungkanlah cemeti di tempat yang boleh dilihat

TEKS BAHASA ARAB

علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Gantungkanlah cemeti di tempat yang boleh dilihat oleh ahli keluarga. Sesungguhnya ia adalah satu pengajaran bagi mereka.

STATUS

Terdapat perawi lemah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 130. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«عَلِّقُوا السَّوْطَ حَيْثُ يَرَاهُ أَهْلُ الْبَيْتِ فَإِنَّهُ أَدَبٌ لَهُمْ» فِي سَنَده من هُوَ ضَعِيف.

Maksudnya: “Gantungkanlah cemeti di tempat yang boleh dilihat oleh ahli keluarga. Sesungguhnya ia adalah satu pengajaran bagi mereka.” Dalam sanadnya terdapat perawi yang daif.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs