Hadith berkenaan solat tasbih

TEKS BAHASA ARAB

حديث التسبيح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis solat tasbih.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

القزويني حديث التسبيح عن ابن عباس في المصابيح وذكر أبو الفرج له ست طرق وقال موضوع ثم إني وجدت في شرح السنة طريقا سابعا لم أتحقق حقيقته فإن اقتضى نوعا غير الوضع حملت عليه وإلا فكما نص أبو الفرج.
وذكر ابن أخضر من أصحاب ابن الجوزي عن أحمد ويحيى وغيرهما أنه لا أصل لهذا، وفي المختصر هي لأبي داود وابن ماجه وابن خزيمة والحاكم عن ابن عباس قال العقيلي وغيره ليس فيها حديث صحيح وذكره ابن الجوزي في الموضوعات وقال أبو سعيد العلائي صحيح وحسن، وفي اللآلئ قال الشيخ صلاح الدين في أجوبته عما انتقدها القزويني على المصابيح حديثها صحيح أو حسن.
وقال غيره له طرق متعاضدة وقال الزركشي قد غلط ابن الجوزي في الحكم بوضعها، وممن صححه الخطيب والسمعاني وأبو موسى المنذري وابن الصلاح والنووي وقال الدارقطني أصح شيء من فضائل القرآن قل هو الله أحد، وفي فضل الصلاة صلاة التسبيح، وقال العقيلي والمغربي ليس فيهما حديث صحيح ولا حسن والحق أن طرقه كلها ضعيفة والله أعلم.
وفي الوجيز في صلاة التسبيح حديث ابن عباس وفيه صدقة بن يزيد الخراساني ضعيف، وحديث ابن عباس وفيه موسى بن عبد العزيز مجهول، وحديث أبي رافع فيه موسى بن عبيدة ليس بشيء قلت قد أكثر الحفاظ من الرد على ابن الجوزي بذكره في الموضوع وموسى بن عبد العزيز وثقه ابن معين والنسائي وقد صححه جماعة أو حسنوه وليس صدقة في طريقة عباس الخراساني بل غيره وهو ليس بمتروك بل مضعف من قبل حفظه يصلح للمتابعة، وقد ورد حديث التسبيح عن الفضل بن عباس وابن عمر وعلي وغيرهم.

al-Qazwini menyebut hadith solat tasbih diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas di dalam kitab al-Masabih. Abu al-Farj menyebut hadith tersebut mempunyai enam jalur periwayatan. Beliau (Abu al-Farj) menyatakan: Kesemuanya palsu. Kemudian aku menemukan jalur yang ketujuh di dalam kitab Syarh al-Sunnah. Maka aku tidak dapat memastikan kesahihannya. Jika ada satu jalur sahaja yang tidak palsu, maka aku akan jadikan pegangan. Jika tiada maka Ia sepertimana yang diseburkan oleh Abu al-Farj.
Ibn Akhdar yang merupakan anak murid Ibn Jawzi menyebut daripada Ahmad, Yahya dan lain-lain bahawa hadith tersebut tiada asalnya. Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut bahawa hadith tersebut merupakan riwayat Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim daripada Ibn ‘Abbas. al-‘Uqaili dan yang lain berkata: Tidak ada satu hadith yang sahih tentang solat sunat tasbih. Ibn Jawzi menyebutnya di dalam kitab al-Maudu’at. Abu Sa’id al-‘Alaiy berkata: Hadith tersebut adalah sahih dan ada yang hasan. Di dalam kitab al-La’ali menyebut: Syeikh Solahuddin menjawab tentang kritikan al-Qazwini ke atas kitab al-Masabih yang mana terdapat hadith solat sunat tasbih. Beliau mengatakan hadith tersebut sahih atau hasan.
Yang lain mengatakan bahawa hadith tersebut mempunyai jalur yang saling menguatkan. al-Zarkasyi berkata: Ibn Jawzi telah tersalah dalam menghukum hadith tersebut sebagai palsu. Di antara ulama yang menilainya sebagai sahih adalah al-Khatib, al-Sam’ani, Abu Musa, al-Munziri, Ibn Salah dan al-Nawawi. al-Daruqutni berkata: Hadith yang paling sahih tentang kelebihan al-Quran adalah kelebihan membaca Qul Huwallahu Ahad. Manakala hadith yang paling sahih tentang kelebihan solat adalah hadith tentang solat tasbih. al-‘Uqaili dan al-Maghribi berkata: Tiada hadith yang sahih mahupun hasan tentang solat tasbih. Yang sebenarnya, kesemua jalur periwayatannya adalah lemah. Wallahu’alam.
Di dalam kitab al-Wajiz menyebut: Berkenaan solat tasbih ada hadith daripada Ibn Abbas. Di dalam sanad hadith tersebut terdapat Sadaqah Bin Yazid al-Khurasani. Beliau adalah seorang perawi yang lemah. Di dalam sanad itu juga terdapat Musa Bin Abdul ‘Aziz. Beliau adalah seorang perawi majhul. Di dalam hadith daripada Abu Rafi’ terdapat perawi yang bernama Musa Bin ‘Ubaidah. Beliau merupakan seorang perawi yang tiada kelayakan untuk meriwayatkan hadith. Aku katakan: Kebanyakan huffaz mengkritik Ibn Jawzi yang mana beliau mengatakan bahawa hadith tersebut adalah palsu. Ibn Ma’in dan al-Nasaie menilai Musa bin Abdul Aziz sebagai perawi yang thiqah. Sebahagiannya menilai hadith tersebut sebagai sahih atau hasan. Sadaqah yang meriwayatkan hadith daripada Ibn Abbas bukanlah Sadaqah al-Khurasani bahkan beliau adalah orang lain. Beliau bukannya perawi matruk akan tetapi dinilai lemah disebabkan hafalannya. Hadith riwayat beliau boleh dijadikan sebagai mutaba’ah (riwayat sokongan). Hadith berkenaan solat tasbih diriwayatkan daripada al-fadhl Bin Abbas, Ibn Umar dan juga yang lain.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs