TEKS BAHASA ARAB
الطرق ولو دارت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ikutilah jalan-jalan sekalipun ianya berpusing-pusing.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 54, hadis nombor 214. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ويرد على الألسنة: لأتبع الطرق، ولو دارت. وخذ أو تزوج البكر ولو بارت. وليس بحديث. وفي معنى الأول: (وأتوا البيوت من أبوابها)
الثاني: (هلا بكرا) الحديث.
Dan disebutkan pada lidah-lidah (orang ramai): “Hendaklah mengikuti jalan-jalan sekalipun berpusing-pusing dan ambillah atau kahwinilah wanita yang masih dara sekalipun dia tidak subur”, dan ianya bukan hadith. Bagi yang semakna dengan bahagian pertama adalah firman Allah Ta’ala: “Dan datangilah rumah-rumah tersebut melalui pintu-pintunya”, manakala bahagian kedua pula (pertanyaan Nabi SAW kepada Jabir): “Mengapa tidak (kamu kahwini) anak dara?”, hadith.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.