Jika ada sesuatu penyakit yang boleh menjangkiti, maka inilah ia (kusta)

TEKS BAHASA ARAB

إن كان شيء من الداء يعدي فهو هذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika ada sesuatu penyakit yang boleh menjangkiti, maka inilah ia (kusta).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis nombor 5940. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مر بعسفان واد من المجذومين فأسرع السير، قال: ((إن كان شيء من الداء يعدي فهو هذا)). [الحارث، عد، ((الضعيفة)) (2946)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW semasa di ‘Usfan, Baginda melintasi sebuah lembah yang terdapat pesakit-pesakit kusta, lalu Baginda percepatkan perjalanan dan berkata: Jika ada sesuatu penyakit yang boleh menjangkiti, maka inilah ia (kusta). [Riwayat al-Haris, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2946]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs