Kalau Allah SWT (mahu) merahmati seseorang dari kaum Nabi Nuh AS

TEKS BAHASA ARAB

لو رحم الله أحدا من قوم نوح؛ لرحم أم الصبي، كان نوح مكث في قومه ألف سنة إلا خمسين عاما؛ يدعوهم، حتى كان آخر زمانه غرس شجرة؛ فعظمت وذهبت كل مذهب، ثم قطعها، ثم جعل يعملها سفينة، ويمرون فيسـألونه؟ فيقول: أعملها سفينة. فيسخرون منه، ويقولون: تعمل سفينة في البر؟! وكيف تجري؟! قال: سوف تعلمون. فلما فرغ منها فار التنور؛ وكثر الماء في السكك، فخشيت أم الصبي عليه، وكانت تحبه حبا شديدًا ، فخرجَت إلى الجبل حتى بلغت ثلثه (الأصل: ثلمة)، فلما بلغها الماء؛ خرجت به حتى استوت على الجبل، فلما بلغ الماء رقبتها؛ رفعته بيدها حتى ذهب بهما الماء، فلو رحم الله منهم أحدا؛ لرحم أم الصبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalau Allah SWT (mahu) merahmati seseorang dari kaum Nabi Nuh AS, maka Dia (akan) merahmati ibu seorang bayi. Kerana Nabi Nuh AS pernah (berdakwah) kepada kaumnya seribu tahun kurang lima puluh tahun (950 tahun). Beliau mengajak mereka (untuk bertauhid), sehingga pada akhir zamannya beliau menanam sebuah pokok. Maka pokok tersebut menjadi besar dan bercabang ke semua arah. Kemudian beliau menebangnya dan membangun kapal daripadanya. Lalu (kaumnya) berjalan melewati dan bertanya tentangnya (kapal)? Beliau menjawab: “Aku sedang membina kapal.” Maka mereka memperolokkanya dan berkata: “Engkau membina kapal di daratan? Bagaimana dia berlayar?! Beliau menjawab: “Kelak, kalian akan mengetahuinya.” Dan ketika selesai membina kapal, air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), dan air semakin banyak mengalir di saluran air. Maka ibu kepada bayi tersebut takut jika berlaku sesuatu (musibah) ke atasnya, sedangkan dia sangat mencintai bayinya. Maka dia naik ke atas bukit sehingga sampai di sepertiga kaki bukit. Dan apabila air sampai ke paras tersebut, dia mendaki ke atas puncak bukit. Dan apabila air telah pun mencecah betis kakinya, dia mengangkat bayinya dengan tangannya sehingga air menenggelamkan mereka berdua. Sungguh, jika Allah (ingin) merahmati seseorang daripada mereka, nescaya Allah akan merahmati ibu bayi tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 525, hadis nombor 2784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «لو رحم الله أحدا من قوم نوح؛ لرحم أم الصبي، كان نوح مكث في قومه ألف سنة إلا خمسين عاما؛ يدعوهم، حتى كان آخر زمانه غرس شجرة؛ فعظمت وذهبت كل مذهب، ثم قطعها، ثم جعل يعملها سفينة، ويمرون فيسـألونه؟ فيقول: أعملها سفينة. فيسخرون منه، ويقولون: تعمل سفينة في البر؟! وكيف تجري؟! قال: سوف تعلمون. فلما فرغ منها فار التنور؛ وكثر الماء في السكك، فخشيت أم الصبي عليه، وكانت تحبه حبا شديدًا ، فخرجَت إلى الجبل حتى بلغت ثلثه (الأصل: ثلمة)، فلما بلغها الماء؛ خرجت به حتى استوت على الجبل، فلما بلغ الماء رقبتها؛ رفعته بيدها حتى ذهب بهما الماء، فلو رحم الله منهم أحدا؛ لرحم أم الصبي».
[ك، طس، ابن جرير، «الضعيفة»، (5985)].

(Munkar) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kalau Allah SWT (mahu) merahmati seseorang dari kaum Nabi Nuh AS, maka Dia (akan) merahmati ibu seorang bayi. Kerana Nabi Nuh AS pernah (berdakwah) kepada kaumnya seribu tahun kurang lima puluh tahun (950 tahun). Beliau mengajak mereka (untuk bertauhid), sehingga pada akhir zamannya beliau menanam sebuah pokok. Maka pokok tersebut menjadi besar dan bercabang ke semua arah. Kemudian beliau menebangnya dan membangun kapal daripadanya. Lalu (kaumnya) berjalan melewati dan bertanya tentangnya (kapal)? Beliau menjawab: “Aku sedang membina kapal.” Maka mereka memperolokkanya dan berkata: “Engkau membina kapal di daratan? Bagaimana dia berlayar?! Beliau menjawab: “Kelak, kalian akan mengetahuinya.” Dan ketika selesai membina kapal, air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), dan air semakin banyak mengalir di saluran air. Maka ibu kepada bayi tersebut takut jika berlaku sesuatu (musibah) ke atasnya, sedangkan dia sangat mencintai bayinya. Maka dia naik ke atas bukit sehingga sampai di sepertiga kaki bukit. Dan apabila air sampai ke paras tersebut, dia mendaki ke atas puncak bukit. Dan apabila air telah pun mencecah betis kakinya, dia mengangkat bayinya dengan tangannya sehingga air menenggelamkan mereka berdua. Sungguh, jika Allah (ingin) merahmati seseorang daripada mereka, nescaya Allah akan merahmati ibu bayi tersebut.
[Riwayat al-Hakim dalam kitab Mustadrak, al-Tabarani Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5985]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs