Kalaulah tidak kerana aku risaukan yang kamu akan merasa terbeban untuk bersiwak

TEKS BAHASA ARAB

لولا أن تضعفوا عن السواك لأمرتكم به عند كل صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah tidak kerana aku risaukan yang kamu akan merasa terbeban untuk bersiwak, nescaya aku akan menyuruh kamu untuk bersiwak pada setiap kali hendak mendirikan solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 276, hadis nombor 1437. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لولا أن تضعفوا عن السواك لأمرتكم به عند كل صلاة)).
[أبو الشيخ في ((الطبقات))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3095)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas ―raḍiyallāhu ‘anhuma― berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Kalaulah tidak kerana aku risaukan yang kamu akan merasa terbeban untuk bersiwak, nescaya aku akan menyuruh kamu untuk bersiwak pada setiap kali hendak mendirikan solat.
[Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tabaqat, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3095]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs