Kelebihan memakai inai

TEKS BAHASA ARAB

اختضبوا؛ فإنه يزيد في جمالكم وشبابكم ونكاحكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berinailah kerana ia akan menambahkan kecantikanmu, (mengekalkan) kemudaanmu dan (mengukuhkan) perkahwinanmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1614, hadis nombor 8139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن درهم -، مرفوعا: ((اختضبوا؛ فإنه يزيد في جمالكم وشبابكم ونكاحكم)). [أبو نعيم في ((المعرفة))، فر، ((الضعيفة)) (2072)].

(Palsu)
Daripada Dirham secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Berinailah kerana ia akan menambahkan kecantikanmu, (mengekalkan) kemudaanmu dan (mengukuhkan) perkahwinanmu.))
[Riwayat Abu Nu’aim di dalam al-Ma’rifah dan al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2072].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs