Kemuliaan sesebuah penulisan adalah dengan (cincin) mengecopnya

TEKS BAHASA ARAB

كرامة الكتاب ختمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemuliaan sesebuah penulisan adalah dengan (cincin) mengecopnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 209, hadis nombor 1100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((كرامة الكتاب ختمه)). [أبو الحسين الأصفهاني في ((المنتقى من الجزء الثاني من الفوائد))، الثعالبي في ((تفسيره))، القضاعي، ((الضعيفة)) (4231)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kemuliaan sesebuah penulisan adalah dengan (cincin) mengecopnya.
[Riwayat Abu al-Husain al-Asfahani dalam al-Muntaqa Min al-Juz’ al-Tsani Min al-Fawa’id, al-Tsa’alibi dalam Tafsirnya dan al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4231]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs