TEKS BAHASA ARAB
ألا إن الكذب يسود الوجه، والنميمة (يعني فيه) عذاب القبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketahuilah bahawa berbohong itu akan menggelapkan wajah, dan al-namimah (mengadu domba) itu termasuk dalam azab kubur.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis nombor 59. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي برزة – رضي الله عنه-، قال: سمعتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((ألا إن الكذب يسود الوجه، والنميمة (يعني فيه) عذاب القبر)).
[ع، حب، هب، عد، ((الضعيفة)) (1496)]
(Palsu) Daripada Abu Barzah RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah bahawa berbohong itu akan menggelapkan wajah, dan al-namimah (mengadu domba) itu termasuk dalam azab kubur.
[Riwayat Musnad Abī Ya‘lā, Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1496]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.