Ketika Nabi SAW diangkat ke langit ketujuh, Allah memperlihatkan kepadanya keajaiban di setiap langit

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما أن عرج بالنبي صلى الله عليه وآله وسلم إلى السماء السابعة، أراه الله من العجائب في كل سماء. فلما أصبح جعل يحدث الناس من عجائب ربه، وكذبه من كذبه من أهل مكة، وصدقه من صدقه، فعند ذلك: انقض نجم من السماء، فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم في دار من وقع هذا النجم فهو خليفتي من بعدي، وطلبوا ذلك النجم فوجدوه في دار علي ابن أبي طالب رضي الله عنه، فقال أهل مكة: ضل محمد وغوى وهوى أهل بيته، ومال إلى ابن عمه، فعند ذلك نزلت هذه السورة (والنجم إذا هوى).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika Nabi SAW diangkat ke langit ketujuh, Allah memperlihatkan kepadanya keajaiban di setiap langit. Apabila tiba waktu pagi, Baginda menceritakan kepada orang ramai keajaiban-keajaiban Tuhannya, lalu penduduk Mekah ada yang mendustakannya, dan ada yang membenarkannya. Lalu ketika itu gugur satu bintang dari langit. Lalu Nabi SAW bersabda bahawa pemilik rumah yang bintang itu jatuh padanya ini adalah pengganti selepasku, lalu mereka menuruti bintang itu dan mendapatinya pada rumah Ali bin Abi Talib. Lalu penduduk Mekah berkata: Muhammad telah menyeleweng dan menyesatkan keluarganya, dan cenderung kepada sepupunya. Maka ketika itu, turunlah surah ini: "Demi bintang semasa ia menjunam".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 369, hadis nombor 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن ابن عباس مرفوعا، وفي إسناده: ثلاثة كذابون، وهوموضوع بلا ريب.

Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada tiga orang pendusta, ia adalah hadith palsu tanpa keraguan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs