Letakkanlah manusia itu pada kedudukan mereka

TEKS BAHASA ARAB

أنزلوا الناس منازلهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letakkanlah manusia itu pada kedudukan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis nombor 963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأصبغ بن نباته عن علي بن أبي طالب قال: جاءه رجل، فقال: يا أمير المؤمنين إن لي إليك حاجة فرفعتها إلى الله قبل أن أرفعها إليك، فإن أنت قضيتها حمدت الله وشكرتك، وإن أنت لم تقضها حمدت الله وعذرتك، فقال علي: اكتب على الأرض فإني أكره أن أرى ذل السؤال في وجهك، فكتب: إني محتاج، فقال علي: علي بحلة، فأتي بها، فأخذها الرجل فلبسها، ثم أنشأ يقول:
كسوتني حلة تبلى محاسنها * * * فسوف أكسوك من حسن الثنا حللا
إن نلت حسن ثنائي نلت مكرمة * * * ولست تبقى بما قد قلته بدلا
إن الثناء ليحيى ذكر صاحبه * * * كالغيث يحي نداه السهل والجبلا
لا تزهد الدهر في زهد تواقعه * * * فكل عبد سيجزى بالذي عملا
فقال علي: علي بالدنانير! فأتي بمائة دينار فدفعها إليه، فقال الأصبغ: فقلت: يا أمير المؤمنين! حلة ومائة دينار؟ قال: نعم سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((أنزلوا الناس منازلهم)). قال: وهذه منزلة هذا الرجل عندي.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1894)]

(Lemah)
Daripada al-Asbagh bin Nubatah daripada ‘Ali bin Abi Talib RA beliau berkata: Seorang lelaki datang kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Amirul Mu’minin, sesungguhnya aku mempunyai hajat kepadamu. Maka aku mengangkatnya kepada Allah terlebih dahulu sebelum aku mengangkatnya kepadamu. Sekiranya kamu dapat menunaikan maka aku memuji Allah dan berterima kasih kepadamu. Namun sekiranya kamu tidak dapat menunaikannya, maka aku akan memuji Allah dan memaafkanmu. Lalu Ali berkata: Tuliskanlah (hajatmu itu) di atas tanah, kerana aku tidak suka melihat kehinaan permintaan pada wajah kamu. Lalu lelaki itu menulis: Sesungguhnya aku amat memerlukan. Maka ‘Ali berkata: Datangkan kepadaku pakaian yang cantik. Lalu dibawakan kepadanya. Maka lelaki tersebut mengambil dan memakainya. Kemudian dia berkata:
Engkau telah memakaikan aku dengan pakaian cantik yang begitu jelas keindahannya
***
Maka aku akan memakaikan kamu dengan pujian yang terbaik
***
Sekiranya engkau memperoleh pujianku yang terbaik maka engkau telah memperoleh kemuliaan
***
Dan tidaklah engkau menjumpai sebarang ganti terhadap apa yang telah aku katakan
***
Sesungguhnya pujian akan menghidupkan sebutan pemiliknya
***
Seperti hujan menghidupkan tanah lapang dan juga bukit bukau
***
Janganlah kamu zuhud pada masa kerana pada kezuhudannya itu akan berlaku
***
Dan sesungguhnya setiap hamba itu akan diberikan ganjaran dengan apa yang telah dia lakukan.

Kemudian ‘Ali berkata: Berikan kepadaku beberapa dinar. Lalu dibawakan kepadanya 100 dinar dan beliau menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Al-Asbagh berkata: Aku berkata: Wahai Amirul Mu’minin, kau berikan kepadanya pakaian yang cantik berserta 100 dinar? ‘Ali berkata: Ya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Letakkanlah manusia itu pada kedudukan mereka. Beliau berkata: Beginilah kedudukan lelaki ini di sisiku.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1894]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs