Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah yang digunakan oleh Jibrail AS kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

ألا أرقيك برقية رقاني بها جبريل عليه السلام؟ بسم الله أرقيك، والله يشفيك من كل داء فيك، من شر النفاثات في العقد، ومن شر حاسد إذا حسد، فرقى بها ثلاث مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah yang digunakan oleh Jibrail AS kepadaku? Dengan nama Allah aku meruqyah kamu, Allah yang akan menyembuhkan kamu daripada penyakit yang ada pada kamu, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan, daripada keburukan orang yang hasad apabila dia hasad. Baginda meruqyah menggunakannya sebanyak tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis nombor 7396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: جاء النبي صلى الله عليه وسلم يعودني، فقال: ((ألا أرقيك برقية رقاني بها جبريل عليه السلام؟ بسم الله أرقيك، والله يشفيك من كل داء فيك، من شر النفاثات في العقد، ومن شر حاسد إذا حسد، فرقى بها ثلاث مرات)). [هـ، ك، حم، النسائي في ((عمل اليوم والليلة))، تخ، حب، ((الضعيفة)) (3357)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Nabi SAW telah datang menziarahiku. Baginda pun bersabda: Mahukah kamu aku ruqyahkan kamu dengan ruqyah yang digunakan oleh Jibrail AS kepadaku? Dengan nama Allah aku meruqyah kamu, Allah yang akan menyembuhkan kamu daripada penyakit yang ada pada kamu, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan, daripada keburukan orang yang hasad apabila dia hasad. Baginda meruqyah menggunakannya sebanyak tiga kali.
[Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad dalam al-Musnad, al-Nasāī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3357]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs