Malaikat langit memohon ampun untuk rambut tengah wanita dan janggut lelaki

TEKS BAHASA ARAB

ملائكة السماء يستغفرون لذوائب النساء ولحى الرجال ؛ يقولون : سبحان الذي زين الرجال بالحى ، والنساء بالذوائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat langit memohon ampun untuk rambut tengah wanita dan janggut lelaki; mereka berkata: “Maha suci Tuhan yang menghiasi lelaki dengan janggut, dan perempuan dengan rambut tengah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 552, hadis nombor 2876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَلَائِكَة السَّمَاء يَسْتَغْفِرُونَ ‌لذوائب النِّسَاء ولحى الرِّجَال يَقُولُونَ سُبْحَانَ الله الَّذِي زين الرِّجَال باللحى وَالنِّسَاء بالذوائب)).
[فر، ((الضعيفة)) (6025)]

(Palsu)
Daripada Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Malaikat langit memohon ampun untuk rambut tengah wanita dan janggut lelaki; mereka berkata: “Maha suci Tuhan yang menghiasi lelaki dengan janggut, dan perempuan dengan rambut tengah.”
[Riwayat al-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6025]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.