Mentaati wanita adalah satu penyesalan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: طاعة المرأة ندامة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Mentaati wanita adalah satu penyesalan.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 129-130, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن زيد بن ثابت مرفوعا وفي إسناده: عنبسة بن عبد الرحمن وليس بشيء وعثمان بن عبد الرحمن الطرائفي لا يحتج به.ةوقد رواه العقيلي عن عائشة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: طاعة النساء ندامة. وفي إسناده: محمد بن سليمان بن أبي كريمة. قال العقيلي: حدث عن هشام ببواطيل لا أصل لها منها: هذا الحديث. وقد أخرجه أبو علي الحداد في معجمه من غير طريقه وأخرجه ابن النجار في تاريخه أيضا وله شاهد من حديث جابر عند ابن عساكر في تاريخه
ومن حديث بكار بن عبد العزيز بن أبي بكرة عن أبيه عن جده: هلكت الرجال حين أطاعت النساء. فإن: في خلافهن البركة. أخرجه الطبراني والحاكم وصححه . قال في المقاصد: حديث، شاورهن وخالفوهن. لم أره مرفوعا. ولكن روى عن عمر: خالفوا النساء، فإن في خلافهن البركة، بل روى عن أنس رفعه: لا يفعلن أحدكم أمرا حتى يستشير، فإن لم يجد من يستشر فليستشر امرأته، ثم ليخالفها، فإن في خلافهن البركة. وفي إسناده: عيسى [بن إبراهيم الهاشمي] ضعيف جدا، مع أنه منقطع .

Ibn Adi meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat ‘Anbasah bin Abdul Rahman yang dihukum sebagai laysa bi syai, Uthman bin Abdul Rahman al-Taraifi tidak boleh dijadikan hujah.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Aisyah RA daripada Nabi SAW bersabda: Mentaati wanita adalah penyesalan.
Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Sulaiman bin Abi Karimah.
Al-Uqaili berkata: Muhammad bin Sulayman meriwayatkan hadith ini daripada Hisyam dengan hadith-hadith bathil, tidak ada asalnya.
Abu Ya’la bin al-Haddad meriwayatkan di dalam kitab Mu’jamnya bukan melalui jalannya Ibn Najjar meriwayatkan juga di dalam kitab Tarikhnya dan bagi hadith ini ada hadith sokongan daripada Jabir melalui riwayat Ibn ‘Asakir di dalam Tarikhnya.
Daripada hadith bin Bakkar bin Abdullah bin Abdul Aziz bin Abi Bakrah daripada bapanya daripada datuknya berkata: Binasa lelaki ketika mentaati isterinya, sesungguhnya menyelisihi pandangan mereka (wanita) adalah berkat.Al-Tabarani dan al-Hakim meriwayatkan dan beliau menilai hadith ini sebagai sahih. Al-Sakhawi berkata di dalam kitab al-Maqasid hadith tentang bermusyarahlah dengan mereka (wanita) dan selisihi pandangan mereka. Aku tidak menilainya sebagai hadith yang sampai kepada Nabi. Akan tetapi riwayat daripada Umar menyatakan: Selisihilah wanita, sesungguhnya menyelisihi pandangan mereka (wanita) adalah berkat. Tetapi terdapat riwayat daripada Anas yang diangkat sampai kepada Nabi: Janganlah salah seorang dari kamu melakukan satu perkara sehingga dia meminta nasihat, jika dia menemui sesiapa yang ingin dia meminta nasihat maka mintalah nasihat daripada isterinya, kemudian selisihilah dia, sesungguhnya menyelisihi pandangan mereka (wanita) adalah berkat. Dalam sanadnya, terdapat perawi bernama Isa bin Ibrahim al-Hasyimi amat dhaif di samping sanadnya terputus.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs