Menunaikan haji sebelum menyertai peperangan lebih utama daripada 50 peperangan

TEKS BAHASA ARAB

حجة قبل غزوة أفضل من خمسين غزوة وغزوة بعد حجة أفضل من خمسين حجة ولموقف ساعة في سبيل الله أفضل من سبعين حجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menunaikan haji sebelum menyertai peperangan lebih utama daripada 50 peperangan manakala menyertai peperangan selepas menunaikan haji lebih baik daripada 50 kali pergimenunaikan haji. Berada di jalan Allah dalam satu tempoh waktu yang singkat lebih baik daripada 70 kali pergi menunaikan haji.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 991, hadis nombor 5104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: حجة قبل غزوة أفضل من خمسين غزوة وغزوة بعد حجة أفضل من خمسين حجة ولموقف ساعة في سبيل الله أفضل من سبعين حجة. [حل، الضعيفة (3481)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn Umar RA yang meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Menunaikan haji sebelum menyertai peperangan lebih utama daripada 50 peperangan manakala menyertai peperangan selepas menunaikan haji lebih baik daripada 50 kali pergimenunaikan haji. Berada di jalan Allah dalam satu tempoh waktu yang singkat lebih baik daripada 70 kali pergi menunaikan haji. [Riwayat al-Hilyah oleh Abu Nu'aim. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 3481].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs