Nabi Daud AS berkata: Memasukkan tangan kamu ke dalam mulut sampai kepada siku dan menggigitnya

TEKS BAHASA ARAB

قال داود النبي عليه السلام: إدخالك يدك في فم التنين إلى أن تبلغ المرفق فيقضمها ؛ خير لك من أن تسأل من لم يكن له شيء ثم كان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Daud AS berkata: Kamu memasukkan tangan kamu ke dalam mulut ular sehingga sampai ke bahagian siku lalu ular itu menggigitnya, itu lebih baik buat kamu daripada kamu meminta kepada mereka yang tidak mempunyai apa-apa kemudian mempunyai (harta).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 883, hadis nombor 4533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: (قال داود النبي عليه السلام: إدخالك يدك في فم التنين إلى أن تبلغ المرفق فيقضمها؛ خير لك من أن تسأل من لم يكن له شيء ثم كان). [حل، ((الضعيفة)) (4043)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nabi Daud AS berkata: Kamu memasukkan tangan kamu ke dalam mulut ular sehingga sampai ke bahagian siku lalu ular itu menggigitnya, itu lebih baik buat kamu daripada kamu meminta kepada mereka yang tidak mempunyai apa-apa kemudian mempunyai (harta).
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4043]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs