Nabi SAW telah berkata kepada Jibril: Adakah matahari sudah tergelincir?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: قال لجبريل: هل زالت الشمس؟ قال: لا، نعم. قال: كيف قلت: لا، نعم! ؟ قال: من حيث قلت: لا، إلى أن قلت: نعم، سارت الشمس مسيرة خمسمائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW telah berkata kepada Jibril: Adakah matahari sudah tergelincir? Kata Jibril: Tidak, ya. Baginda bersabda: Bagaimana engkau katakan tidak, ya? Lalu Jibril berkata: Sejak aku kata tidak hinggalah aku kata ya, bergeraklah matahari sejauh perjalanan lima ratus tahun.

STATUS

Tidak diketahui asalnya.

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 131, hadis nombor 366. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: لم يعرف له أصل.

Ali Qari berkata: Tiada diketahui asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs