TEKS BAHASA ARAB
النية الصادقة معلقة بالعرش فإذا صدق العبد نيته تحرك العرش فيغفر له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Niat yang benar tergantung pada Arasy, apabila seseorang hamba benar dengan niatnya, Arasy akan bergegar lalu Allah berikan keampunan padanya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 77, hadis nombor 443. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut jelas batil, ayatnya tidak kemas dan maknanya lemah, juga dalam sanadnya terdapat perawi-perawi majhul (tidak dikenali).
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.