TEKS BAHASA ARAB
حديث: المؤمن ليس بحقود.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Orang mukmin bukanlah orang yang berdendam".
STATUS
Tidak ditemui asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 206, hadis nombor 648. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: الْمُؤمن لَيْسَ بحقود. قَالَ الْعِرَاقِيّ فِي تَخْرِيج أَحَادِيث الْإِحْيَاء: مَا وقفت لَهُ على أصل.
Hadith: “Orang mukmin bukanlah orang yang berdendam".
Al-‘Iraqi berkata dalam kitab al-Ihya’: "Aku tidak menemui asalnya".
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.