Orang tua tidak akan malu untuk mempelajari ilmu

TEKS BAHASA ARAB

لا يستحيي الشيخ أن يتعلم العلم كما لا يستحيي أن ياكل الخبز

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang tua tidak akan malu untuk mempelajari ilmu seperti mana dia tidak malu untuk makan roti.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الذيل «لَا يستحيي الشَّيْخ أَن يتَعَلَّم الْعلم كَمَا لَا يستحيي أَن يَأْكُل الْخبز» فِيهِ عِيسَى بن إِبْرَاهِيم لَيْسَ بِشَيْء، وَقَالَ أَبُو حَاتِم مَتْرُوك.

Dalam kitab al-Zayl menyebut:
“Orang tua tidak akan malu untuk mempelajari ilmu seperti mana dia tidak malu untuk makan roti.”
Dalam sanad hadis ini terdapat Isa bin Ibrahim. Beliau tiada kelayakan untuk meriwayatkan hadis. Abu Hatim berkata, beliau ialah seorang yang Matruk.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs