Orang yang bertaubat daripada dosa ibarat orang yang tidak mempunyai dosa

TEKS BAHASA ARAB

‏التائب من الذنب كمن لا ذنب له، ‏وإذا أحب الله عبدا لم ‏يضره ذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bertaubat daripada dosa ibarat orang yang tidak mempunyai dosa. Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka dosanya tidak akan memudaratkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1974, hadis nombor 9871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف) ‏عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: «‏التائب من الذنب كمن لا ذنب له، ‏وإذا أحب الله عبدا لم ‏يضره ذنب».
[‏القشيري في «الرسالة»، ابن النجار، «الضعيفة» (615)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang bertaubat daripada dosa ibarat orang yang tidak mempunyai dosa. Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka dosanya tidak akan memudaratkannya.
[Riwayat al-Qushairiy dalam al-Risalah dan Ibn al-Najjar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 615].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.