Pada hari kiamat ada suara yang menyeru

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة نادى مناد: لا يرفعن أحد من هذه الأمة كتابه قبل أبي بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat, ada suara yang menyeru: Tidak akan diangkat kitab amalan sesiapa pun dari umat ini sebelum Abu Bakar dan Umar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1815, hadis nombor 9151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبيد بن عمير، قال: بينما عمر يمر في الطريق إذ هو برجل يكلم امرأة فعلاه بالدرة، فقال: يا أمير المؤمنين! إنها هي امرأتي، فقام عمر فانطلق، فلقي عبد الرحمن بن عوف فذكر ذلك له، فقال: يا أمير المؤمنين! إنما أنت مؤدب وليس عليك شيء، وإن شئت حدثتك بحديث سمعته من رسول الله ﷺ يقول: إذا كان يوم القيامة نادى مناد: لا يرفعن أحد من هذه الأمة كتابه قبل أبي بكر وعمر. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2585)]

(Lemah) Daripada Abid bin ‘Umair berkata, ketika mana Umar melintasi satu jalan tatkala seorang lelaki bercakap dengan seorang perempuan, lalu dia memukul lelaki itu dengan tongkat. Lalu pemuda itu berkata: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya dia isteriku. Lalu dia bangun dan pergi. Umar RA berjumpa dengan Abdul Rahman bin ‘Auf dan menyebut peristiwa ini kepadanya. Lalu Abdul Rahman bin ‘Auf berkata: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya engkau seorang yang beradab dan tiada apa yang perlu kau bimbangkan. Jika engkau mahu mendengar, aku ingin ceritakan satu hadis yang aku sendiri dengar yang bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat, ada suara yang menyeru: Tidak akan diangkat kitab amalan sesiapa pun dari umat ini sebelum Abu Bakar dan Umar. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2585]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs