Rasulullah SAW melarang untuk melakukan persetubuhan sebelum melakukan percumbuan

TEKS BAHASA ARAB

نهى عن المواقعة قبل المداعبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang untuk melakukan persetubuhan sebelum melakukan percumbuan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 914, hadis nombor 4677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((نهى عن المواقعة قبل المداعبة)).
[خط، ابن عساكر، النجيرمي في ((الفوائد المنتخبة من أصول مسموعاته))، ((الضعيفة)) (432)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW melarang untuk melakukan persetubuhan sebelum melakukan percumbuan.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, dan al-Nujairami dalam al-Fawaid al-Muntakhabah min Usul Masmu’aatih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 432].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs