Rasulullah SAW telah membaca pembuka Kitab al-Quran (Surah al-Fatihah), kemudian Baginda bersabda

TEKS BAHASA ARAB

قرأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فاتحة الكتاب؛ ثم قال: ((قال ربكم: ابن آدم! أنزلت عليك سبع آيات، ثلاث لي، وثلاث لك، وواحدة بيني وبينك: فأما التي لي؛ فـ {الحمد لله رب العالمين. الرحمن الرحيم. مالك يوم الدين}، والتي بيني وبينك: {إياك نعبد وإياك نستعين}؛ منك العبادة وعلي العون لك. وأما التي لك: {اهدنا الصراط المستقيم. صراط الذين أنعمت عليهم. غير المغضوب عليهم ولا الضالين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah membaca pembuka Kitab al-Quran (Surah al-Fatihah), kemudian Baginda bersabda: ((Tuhan kamu berfirman: "Wahai anak Adam! Aku telah menurunkan tujuh ayat ke atas kamu, dan tiga ayat untuk-Ku dan tiga untukmu serta satu ayat di antara Aku dan Kamu. Adapun ayat untuk-Ku: Maka (ia adalah): {Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).} [al-Fatihah: 2-4] Manakala untuk Aku dan kamu pula: {Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.} [al-Fatihah: 5] "Bagimu ibadah dan Bagi-Ku pertolongan kepadamu". Adapun ayat untuk kamu: {Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.} [al-Fatihah: 6-7].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1509, hadis nombor 7681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي ابن كعب -رضي الله عنه- قال: قرأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فاتحة الكتاب؛ ثم قال: ((قال ربكم: ابن آدم! أنزلت عليك سبع آيات، ثلاث لي، وثلاث لك، وواحدة بيني وبينك: فأما التي لي؛ فـ {الحمد لله رب العالمين. الرحمن الرحيم. مالك يوم الدين}، والتي بيني وبينك: {إياك نعبد وإياك نستعين}؛ منك العبادة وعلي العون لك. وأما التي لك: {اهدنا الصراط المستقيم. صراط الذين أنعمت عليهم. غير المغضوب عليهم ولا الضالين}. [طس، (الضعيفة)) (5442)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ubay bin Ka’ab RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah membaca pembuka Kitab al-Quran (Surah al-Fatihah), kemudian Baginda bersabda: ((Tuhan kamu berfirman: "Wahai anak Adam! Aku telah menurunkan tujuh ayat ke atas kamu, dan tiga ayat untuk-Ku dan tiga untukmu serta satu ayat di antara Aku dan Kamu. Adapun ayat untuk-Ku: Maka (ia adalah): {Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).} [al-Fatihah: 2-4] Manakala untuk Aku dan kamu pula: {Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.} [al-Fatihah: 5] "Bagimu ibadah dan Bagi-Ku pertolongan kepadamu". Adapun ayat untuk kamu: {Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.} [al-Fatihah: 6-7]))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5442].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs