TEKS BAHASA ARAB
حديث: كأنك بالدنيا ولم تكن، وبالآخرة ولم تزل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Seakan-akan kamu masih berada di dunia sedangkan tidak, dan seakan-akan kamu berada di akhirat sedangkan kamu belum lagi berada di akhirat.
STATUS
Tidak ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 136, hadis nombor 379. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السيوطي: لم أقف عليه مرفوعا.
Al-Suyuti berkata: Aku belum pernah menemuinya secara marfu’.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.