Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ فأسبغ الوضوء ثم خرج من بيته يريد المسجد فقال بسم الله الذي خلقني فهو يهدين الآية إلا أعطاه الله كل ما في الآية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya. Kemudian dia keluar menuju ke masjid dan berkata dengan nama Allah yang telah menciptakan aku dan Dialah yang memberi petunjuk, maka Allah akan memberi semua yang ada di dalam ayat tersebut.

STATUS

(Terdapat Perawi Bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كان الحسن يزيد فيه «واغفر لوالدي كما ربياني صغيرا» فيه سلم بن سالم ليس بشيء.

al-Hasan menambah dengan lafaz:
واغفر لوالدي كَمَا ربياني صَغِيرا
“Dan ampunkanlah kedua ibu bapaku sepertimana mereka berdua memeliharaku ketika kecil.”
Di dalam hadith ini terdapat perawi bernama Salam Bin Salim. Beliau tidak mempunyai kelayakan untuk meriwayatkan hadith.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs