Sesiapa yang membunuh seekor ular, maka dia telah mendapat tujuh kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من قتل حية؛ فله سبع حسنات، ومن قتل وزغا؛ فله حسنة، ومن ترك حية مخافة عاقبتها؛ فليس منا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membunuh seekor ular, maka dia telah mendapat tujuh kebaikan. Sesiapa yang membunuh seekor cicak maka baginya satu kebaikan. Sesiapa yang meninggalkan ular kerana takutkan kesan darinya (serangan ular), maka dia bukan dari kalangan kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 213, hadis nombor 1124. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من قتل حية؛ فله سبع حسنات، ومن قتل وزغا؛ فله حسنة، ومن ترك حية مخافة عاقبتها؛ فليس منا)). [حب، حم، طب، ((الضعيفة)) (4628)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membunuh seekor ular, maka dia telah mendapat tujuh kebaikan. Sesiapa yang membunuh seekor cicak maka baginya satu kebaikan. Sesiapa yang meninggalkan ular kerana takutkan kesan darinya (serangan ular), maka dia bukan dari kalangan kami.
[Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4628]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs