Sesiapa yang meminta maaf kepada saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

من اعتذر إلى أخيه فلم يعذر أو يقبل عذره كان عليه مثل خطيئة صاحب مكس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mahu supaya doanya dimustajabkan serta diangkat kesulitannya, maka bantulah orang yang berada dalam kesulitan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis nombor 813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من اعتذر إلى أخيه فلم يعذر أو يقبل عذره كان عليه مثل خطيئة صاحب مكس.
[طس، هب، ((الضعيفة)) (6665)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang meminta maaf kepada saudaranya namun dia tidak memaafkannya atau dia tidak menerima kemaafannya itu, maka dia akan menanggung dosa seperti pengutip cukai.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Baihaqi dalam Syuaib al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6665]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs