Sesiapa yang memperkuat pemimpinnya dengan maksiat kepada Allah, Allah akan melemahkan tipu muslihatnya pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من شدد سلطانه بمعصية الله؛ أوهن الله كيده يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memperkuat pemimpinnya dengan maksiat kepada Allah, Allah akan melemahkan tipu muslihatnya pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis nombor 4318. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن عبادة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من شدد سلطانه بمعصية الله؛ أوهن الله كيده يوم القيامة)).
[حم، ((الضعيفة)) (4609)]

(Lemah) Daripada Sa’d bin ‘Ubādah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memperkuat pemimpinnya dengan maksiat kepada Allah, Allah akan melemahkan tipu muslihatnya pada hari kiamat.
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4609]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs