Sesiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan

TEKS BAHASA ARAB

من كن له ابنتين، أو أختين، أو عمتين، أو خالتين، فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة يا عباد الله أغيثوه يا عباد الله أعطوه، يا عباد الله أقرضوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, atau dua orang saudara perempuan, atau dua orang ibu saudara daripada sebelah ayah dan dua ibu saudara daripada sebelah ibu, yang mana dia berbuat baik kepada kesemuanya itu, maka akan dibukakan untuknya lapan pintu syurga. Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah dia. Wahai hamba-hamba Allah, berikanlah kepadanya. Wahai hamba-hamba Allah, berilah pinjaman kepadanya.

STATUS

Munkar Jiddan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 164, hadis nombor 823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً)
عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال صلى الله عليه وسلم: من كن له ابنتين، أو أختين، أو عمتين، أو خالتين، فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة يا عباد الله أغيثوه يا عباد الله أعطوه، يا عباد الله أقرضوه.
[طس، ((الضعيفة)) (6862)]

(Munkar Jiddan)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, atau dua orang saudara perempuan, atau dua orang ibu saudara daripada sebelah ayah dan dua ibu saudara daripada sebelah ibu, yang mana dia berbuat baik kepada kesemuanya itu, maka akan dibukakan untuknya lapan pintu syurga. Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah dia. Wahai hamba-hamba Allah, berikanlah kepadanya. Wahai hamba-hamba Allah, berilah pinjaman kepadanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6862]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs