Sesiapa yang tidak memiliki kebaikan maka hendaklah dia berkahwin dengan wanita bani Juhainah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من لم تكن له حسنة فلينكح امرأة من جهينة


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang tidak memiliki kebaikan maka hendaklah dia berkahwin dengan wanita bani Juhainah.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 121, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن عمرو بن مرة الجهني مرفوعا وفي إسناده: ظبيان ابن محمد بن ظبيان عن أبيه عن جده وهو يروي العجائب.
قال في الميزان: هذا الحديث كذب.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Amr bin Murrah al-Juhani secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Zibyan Ibn Muhammad bin Zibyan daripada bapanya daripada datuknya yang meriwayatkan cerita-cerita pelik.
Ibn Hajar menyatakan di dalam kitabnya al-Mizan: Hadith ini palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs