TEKS BAHASA ARAB
إنَّ لله ملائكةً تغدُو براياتِهَا إلى المسَاجِدِ، فيدخُلُون مع أول داخِلٍ، ويخرُجُونَ مع آخرِ خارج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya, Allah memiliki malaikat yang pergi dengan membawa panji-panji ke masjid-masjid. Mereka masuk bersama orang yang awal masuk dan mereka keluar bersama yang terakhir keluar.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 319, hadis nombor 1683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Umamah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إنَّ لله ملائكةً تغدُو براياتِهَا إلى المسَاجِدِ، فيدخُلُون مع أول داخِلٍ، ويخرُجُونَ مع آخرِ خارج)).
[ الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5541) ].
(Sangat Lemah) Dari Abu Umamah RA, dia berkata, Rasulullah SAW, telah bersabda: Sesungguhnya, Allah memiliki malaikat yang pergi dengan membawa panji-panji ke masjid-masjid. Mereka masuk bersama orang yang awal masuk dan mereka keluar bersama yang terakhir keluar.
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab Musnad al-Shamiyin, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5541].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.