Sesungguhnya Allah suka untuk diterima rukhsah-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب أن تقبل رخصه، كما يحب العبد مغفرة ربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah suka untuk diterima rukhsah-Nya (keringanan dalam beribadah), sebagaimana seorang hamba suka menerima pengampunan daripada Tuhannya.

STATUS

Batil dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 350, hadis nombor 1846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بهذا اللفظ) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله يحب أن تقبل رخصه، كما يحب العبد مغفرة ربه)).
[طس، ((الضعيفة)) (508)]

(Batil dengan lafaz ini) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah suka untuk diterima rukhsah-Nya (keringanan dalam beribadah), sebagaimana seorang hamba suka menerima pengampunan daripada Tuhannya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 508]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs