Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى – أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم: إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنُسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian apa yang telah Dia ajarkan kepadaku, dan untuk (mengajarkan) adab kepada kalian, apabila kamu berdiri di pintu bilik kamu, hendaklah kamu mengingati Allah (mengingati nama Allah), maka segala perkara yang buruk akan dijauhkan daripada rumah-rumah kamu, dan apabila antara kalian meletakkan tangan kalian pada makanan (apabila ingin makan), hendaklah kalian menyebut nama Allah agar perkara buruk tidak akan dicampuri pada rezeki kalian, dan barang siapa yang mandi pada waktu malam dengan dia menutup ‘auratnya, maka jika dia tidak melakukan sedemikian rupa dia akan ditimpa dengan gangguan pemikiran, dan tidak akan disalahkan melainkan dirinya, dan barang siapa yang kencing pada tempat mandinya (tempat dia menyucikan dirinya) maka dia akan ditimpa penyakit was-was, maka tidak akan berasa bersalah melainkan dirinya, dan apabila kalian mengangkat makanan (selesai menghabiskan makanan kalian), maka hendaklah kalian membersihkannya (sisa-sisa makanan tersebut), kerana sesungguhnya syaitan memungut makanan (sisa-sisa makanan) tersebut, maka janganlah kalian menjadikan mereka dalam bahagian makanan kalian.

STATUS

Munkar Jiddan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1185, hadis nombor 6011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله – تعالى – أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم: إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنُسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم)). [الحكيم، ((الضعيفة)) (7082)]

(Munkar Jiddan)
Hadis ini telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian apa yang telah Dia ajarkan kepadaku, dan untuk (mengajarkan) adab kepada kalian, apabila kamu berdiri di pintu bilik kamu, hendaklah kamu mengingati Allah (mengingati nama Allah), maka segala perkara yang buruk akan dijauhkan daripada rumah-rumah kamu, dan apabila antara kalian meletakkan tangan kalian pada makanan (apabila ingin makan), hendaklah kalian menyebut nama Allah agar perkara buruk tidak akan dicampuri pada rezeki kalian, dan barang siapa yang mandi pada waktu malam dengan dia menutup ‘auratnya, maka jika dia tidak melakukan sedemikian rupa dia akan ditimpa dengan gangguan pemikiran, dan tidak akan disalahkan melainkan dirinya, dan barang siapa yang kencing pada tempat mandinya (tempat dia menyucikan dirinya) maka dia akan ditimpa penyakit was-was, maka tidak akan berasa bersalah melainkan dirinya, dan apabila kalian mengangkat makanan (selesai menghabiskan makanan kalian), maka hendaklah kalian membersihkannya (sisa-sisa makanan tersebut), kerana sesungguhnya syaitan memungut makanan (sisa-sisa makanan) tersebut, maka janganlah kalian menjadikan mereka dalam bahagian makanan kalian.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7082]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs