Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan seorang pun dalam kalangan muslimin pada hari Jumaat melainkan Dia akan mengampunkannya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليس بتارك أحدا من المسلمين يوم الجمعة إلا غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan seorang pun dalam kalangan muslimin pada hari Jumaat melainkan Dia akan mengampunkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344, hadis nombor 1805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: «إن الله ليس بتارك أحدا من المسلمين يوم الجمعة إلا غفر له». [طس، ابن الأعرابي، ابن بشران، «الضعيفة» (297)].

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan seorang pun dalam kalangan muslimin pada hari Jumaat melainkan Dia akan mengampunkannya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn al-A’rābī dalam Mu’jamnya dan Ibn Bashrān dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 297].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.