Sesungguhnya jiwa-jiwa kami dan ubun-ubun kami berada di tangan-Mu

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إن قلوبنا ونواصينا بيدك، لم تملكنا منها شيئا، فإذا فعلت ذلك بها، فكن أنت وليها، واهدها إلى سواء السبيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Sesungguhnya jiwa-jiwa kami dan ubun-ubun kami berada di tangan-Mu, Engkau tidak menjadikan kami mampu menguasainya sedikit pun. Apabila Engkau berkuasa sedemikian terhadapnya, maka Engkau jadilah pemimpinnya dan tunjukkanlah ia ke jalan yang lurus.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1444, hadis nombor 7348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن خلف [بن هشام] المقري، قال: كنت أسمع معروفا الكرخي يدعو بهذا الدعاء كثيرا يقول: اللهم إن قلوبنا ونواصينا بيدك، لم تملكنا منها شيئا، فإذا فعلت ذلك بها، فكن أنت وليها، واهدها إلى سواء السبيل. فقلت: يا أبا محفوظ! أسمعك تدعو بهذا الدعاء كثيرا، هل سمعت فيه حديثا؟ قال: نعم، حدثني بكر بن خنيس عن سفيان الثوري [عن أبي الزبير عن جابر أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يدعو بهذا الدعاء].
[حل، خط، ((الضعيفة)) (2909)]

(Sangat Lemah)
Daripada Khalaf bin Hishām al-Muqrī, beliau berkata: Aku pernah mendengar Ma‘rūf al-Karkhī banyak berdoa dengan doa ini: Ya Allah! Sesungguhnya jiwa-jiwa kami dan ubun-ubun kami berada di tangan-Mu, Engkau tidak menjadikan kami mampu menguasainya sedikit pun. Apabila Engkau berkuasa sedemikian terhadapnya, maka Engkau jadilah pemimpinnya dan tunjukkanlah ia ke jalan yang lurus. Aku pun bertanya: Wahai Abū Maḥfūdz! Aku dengar engkau banyak berdoa dengan doa ini, adakah engkau ada mendengar hadis tentangnya? Beliau menjawab: Ya, Bakr bin Khunais telah menceritakan kepadaku daripada Sufyān al-Thawrī daripada Abū al-Zubair daripada Jābir bahawa Nabi SAW selalu berdoa dengan doa ini.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Awliyā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2909]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs