Sesungguhnya Rasulullah SAW didatangkan dengan jenazah seorang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

إن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتي بجنازة رجل فلم يصل عليها فقيل له قال إنه كان يبغض عثمان فأبغضه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW didatangkan dengan jenazah seorang lelaki. Baginda tidak menunaikan solat ke atas jenazah tersebut. Lalu ditanya kepada Baginda. Baginda menjawab: Dia membenci Uthman, maka Allah murka kepadanya.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْوَجِيز جَابر إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِجِنَازَةِ رَجُلٍ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهَا فَقِيلَ لَهُ قَالَ إِنَّهُ كَانَ يُبْغِضُ عُثْمَانَ فَأَبْغضهُ الله" مَدَاره على مُحَمَّد بن زِيَاد وَهُوَ مَتْرُوك قلت أخرجه التِّرْمِذِيّ وَضَعفه.

Dalam kitab al-Wajiz daripada Jabir:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW didatangkan dengan jenazah seorang lelaki. Baginda tidak menunaikan solat ke atas jenazah tersebut. Lalu ditanya kepada Baginda. Baginda menjawab: Dia membenci Uthman, maka Allah murka kepadanya.”. Madar (tumpuan) sanad hadith ini adalah pada Muhammad Bin Ziyad. Beliau adalah perawi matruk. Saya katakan: al-Tirmizi meriwayatkan hadith beliau dan menilainya sebagai perawi yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs