TEKS BAHASA ARAB
حديث: لو ربى أحدكم بعد الستين ومائة جرو كلب، خير من أن يربي ولدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Setelah tahun 160, jika seseorang kamu memelihara seekor anak anjing, ia lebih baik untuknya berbanding memelihara seorang anak kandungnya.”
STATUS
Dusta
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 151, hadis nombor 446. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: لَو ربى أحدكُم بعد السِّتين وَمِائَة جرو كلب، خير من أَن يُربي ولدا. قَالَ ابْن قيم الجوزية: كذب.
Hadith: “Setelah tahun 160, jika seseorang kamu memelihara seekor anak anjing, ia lebih baik untuknya berbanding memelihara seorang anak kandungnya.” Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah berkata: Dusta.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.