Setiap bayi yang lahir akan ditanam di pusatnya tanah asalnya

TEKS BAHASA ARAB

كل مولود يولد يذر على سرته من تربته ، فإذا طال عمره رده الله إلى تربته التي خلقه منها ، وأنا وأبو بكر وعمر خلقنا من تربة واحدة وفيها ندفن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap bayi yang lahir akan ditanam di pusatnya tanah asalnya. Apabila panjang umurnya, maka akan kembalikannya semula ke dalam tanah yang digunakan untuk menciptanya. Aku, Abu Bakar dan Umar diciptakan dari tanah yang sama dan dalam tanah tersebut kami akan dikebumikan.

STATUS

Terdapat riwayat sokongan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ يُذَرُّ عَلَى سُرَّتِهِ مِنْ تُرْبَتِهِ فَإِذَا طَالَ عُمُرُهُ رَدَّهُ اللَّهُ إِلَى تُرْبَتِهِ الَّتِي خَلَقَهُ مِنْهَا وَأَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ خُلِقْنَا مِنْ تُرْبَةٍ وَاحِدَةٍ وَفِيهَا نُدْفَنُ» فِيهِ مَجَاهِيلُ: قلت لَهُ طَرِيق ثَان عَنهُ وَأوردهُ عَن أبي هُرَيْرَة وَله شَاهد عَنهُ مَوْقُوفا بِلَفْظ «وَيَأْخُذ يَعْنِي الْملك التُّرَاب الَّذِي يدْفن فِي بقعته ويعجن بِهِ نطفته».

“Setiap bayi yang lahir akan ditanam di pusatnya tanah asalnya. Apabila panjang umurnya, maka akan kembalikannya semula ke dalam tanah yang digunakan untuk menciptanya. Aku, Abu Bakar dan Umar diciptakan dari tanah yang sama dan dalam tanah tersebut kami akan dikebumikan.” Dalam sanad hadith ini terdapat ramai perawi yang majhul. Saya katakan: Ia mempunyai jalur periwayatan yang kedua. Ia diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan secara mauquf dengan lafaz: “Dan malaikat pun mengambil tanah yang ditanam di kawasannya dan menggaulkannya dengan air mani.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs